Ads

Cara Nak Jimat Elektrik?


topik ni keluar atas sebab bil elektrik rumah sewa aku agak mahal kalau nak dibandingkan dengan rumah-rumah bujang yang lain.

kalau nak bandingkan dengan bil elektrik rumah sewa aku dengan rumah family memang la bil elektrik rumah sewa aku ni lagi murah. tapi setelah aku buat perbandingan antara rumah-rumah bujang yang lain, bil elektrik kat sini lebih mahal.

sebelum cerita macam mana nak jimat elektrik, kene la cari dulu perkakas ape yang guna banyak tenaga elektrik. ye dok?

-------------------------------------

senang je nak tau perkakas mane yang pakai tenaga yang banyak, jawapannye perkakas yang keluarkan haba. mende-mende yang panas la. contoh macam water heater, seterika, dapur elektrik etc.

kedua baru la mende-mende yang bermotor macam kipas dan mesin basuh. tapi perkakas yang keluarkan haba memang kaw-kaw guna banyak tenaga elektrik.

sebab tu kita digalakkan guna compact fluorescent bulbs. tapi kalau betul-betul nak jimat elektrik, guna la mentol lampu LED. lampu LED memang sangat-sangat kurang guna tenaga elektrik.

compact fluorescent bulbs

kalau sape-sape yang guna dapur elektrik untuk memasak, baik la beli dapur gas cepat. dapur gas sekarang dah murah.

LED bulb

-------------------------------------

kat sini aku cuma nak bagitau yang pemanas elektrik ni menggunakan banyak tenaga elektrik sebab aku yakin ramai lagi yang tak tau pasal ni. kalau setakat bagi tips tutup kipas jika tak guna, tu budak tadika dah diajar.

selama ni aku pun takde la tau sangat even dulu masa sekolah teknik aku amek jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik. nasib baik ayah bagitau sebab dia memang arif bab-bab elektrik ni. yela, dah dia keje TNB.

*housemate kerap sangat lapar memasak guna dapur elektrik, risau bil elektrik melambung la nanti.

9 comments:

  1. orang kata,
    lampu yang berwarna malap/merah/jingga tu kuat makan bil..

    ReplyDelete
  2. me suka tutup suis bila tak guna. tapi blh buat org rimas sbb kata cerewet. huhuhu....

    ReplyDelete
  3. info berguna ! lepas ni takanak da pkai letrik2 ni . haha

    ReplyDelete
  4. rumah saya pun guna mentol compact fluorescent bulbs..mmg jimat..pastu kalau selalu guna oven elektrik mmg confirm letrik melambung..

    ReplyDelete
  5. kalau kat asrama..mmg takde mknenye la budak2 nak save

    ReplyDelete
  6. wah... masak guna dapur letrik... aku guna gas je...huhuhu... selalu brngan elektronik yg guna haba mmg bnyk pakai karen :)

    ReplyDelete
  7. @Edy Fee
    hostel kat uniten student kene bayar elektrik sendiri. pelik tak?

    ReplyDelete
  8. Bil Elektrik TNB rumah teres, apartment, condo/ kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK di seluruh semenanjung Malaysia. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers