Ads

Cerita Sebelum Balik UNITEN

sepanjang aku kat UMP, aku sendiri taktau nak buat apa dengan internet laju tu.. update blog pun tidak.. tapi apa yang aku perhatikan, suasana penginapan di UMP jauh lebih selesa dan menyeronokkan berbanding penginapan di UNITEN.. sebab ape?

sebab kat UMP feel sebagai seorang student tu lain macam.. feel dia jauh lebih best dari di UNITEN.. aku rasa kalau aku study kat situ, mungkin segala perjalanan aku lebih lancar.. hmmm macam mane tu ek?

kat sana ada kawan baik aku yang rajin study dan pergi kelas.. err rajin gi kelas tu aku tak sure la sebab dia sendiri mengaku ponteng kelas tapi aku rasa takde la banyak macam aku ponteng kelas.. haha

sebenarnya penting ade pendorong masa kita tengah belajar ni.. kalau dapat kawan yang malas gi kelas, maka mudah untuk kita terpengaruh.. kalau dapat kawan-kawan yang rajin study, mungkin kita juga terdorong untuk lebih rajin belajar.. tapi tu semua bergantung kat diri kita sendiri jugak.. kita diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri kan..

dulu sebelum aku masuk sekolah teknik, aku bersekolah biasa yang mana abes waktu persekolahan terus balik rumah.. jumpa kawan-kawan pun masa waktu petang, main bola.. kerja rumah? kerja sekolah? aku memang tak buat la.. mana ada kawan aku kat sebelah nak ajak aku buat kerja sekolah tu..

lain pulak masa masuk sekolah teknik, kat sana aku terpaksa menginap di asrama.. dan kat sana jarak aku dengan kawan-kawan lebih rapat.. nak pulak kawan baik aku tu jugak dapat tawaran ke sekolah yang sama.. ok, dia ni rajin buat kerja sekolah.. bila time prep, memang tak dapat la nak ajak berborak.. yang penting, kerja sekolah kene siapkan dulu.. ciss

secara tak langsung aku belajar.. tak pernah-pernah aku dapat nombor satu dalam kelas, akhirnya merasa gak masa aku form 5.. form 4 macam mane? mula-mula masuk sekolah aku la yang selalu kene marah dengan cikgu sebab selalu dapat nombor last.. aku rilex je masa tu sebab aku memang dah biasa dapat nombor tercorot dalam kelas.. haha

apa aku nak bagitau sebenarnya? tak berniat nak sampaikan mesej bermakna pun.. aku rasa macam tak sengaja je aku tulis entry ni.. hadoii

ok, sambung balik.. aku rasa ada antara pembaca-pembaca blog aku ni yang masih lagi bersekolah.. budak-budak zaman sekarang bukan boleh kira, semua berlagak seperti orang dewasa.. nasihat aku, rilex je dulu.. siapkan kerja sekolah tu dan pikir masa depan awal-awal..

kehidupan di universiti jauh lebih berbeza dari apa yang ditayangkan di drama-drama tv.. sangat-sangat jauh berbeza.. dalam filem dan drama semua tu bagi aku tah apa-apa, saje je nak beri fantasi kat budak-budak yang berangan jadi orang remaja dewasa..

kat sana nanti tak banyak, sikit pun konfem kita akan terkena kejutan budaya.. cuma masing-masing je tak mengaku yang diri tu dah terkena kejutan budaya sebab kita sendiri tak sedar.. seronok berkawan, seronok bebas dari kongkongan mak ayah.. kat kolej takde sape nak paksa korang buat assignment, takde sape nak pantau korang..

kat kolej senang.. kalau tak buat, kurang la markah.. kurang markah, kurang la pointer.. kurang pointer, bye-bye la jawabnye sebab kena kick dari universiti tu.. sebab tu penting pilih kawan masa kat sana nanti dan penting pilih jurusan yang sesuai dengan kemampuan kita.. tak semestinya budak straight A SPM boleh cemerlang masa kat kolej nanti..

bukan tak pandai, cuma malas.. pendapat aku la kan, tak pandai pun takpe asalkan kita rajin dan boleh buat kerja..

aku beri pendapat dan nasihat ni bukan bermakna aku ni ada nilai-nilai positif sebagai seorang student.. tapi aku sendiri yang melakukan kesilapan dan dari kesilapan tu baru la aku sedar apa yang aku buat tu takde la bagus sangat.. melalui pengalaman la kita banyak belajar dan aku taknak la adik-adik aku atau anak-anak aku nanti melakukan kesilapan serupa..

esok aku kembali ke UNITEN.. sangat-sangat tak best, rasa malas giler nak balik sana.. cara aku tenangkan diri, main game.. game ape? tengok kat bawah ni, sape terrer sila teka game ape..



2 comments:

Ads

Followers