Ads

Mungkin Ramai Yang Tak Tahu

mungkin jugak la.. sebab ramai yang tak amek tau sangat pasal trivia dan munking jugak korang cepat lupa.. bagi korang mungkin mende ni tak penting tapi menarik kalau baru tahu..

mungkin korang taktau yang..


Sean Connery merupakan James Bond pertama


familiar kan pakcik ni?



-------------------------------------


Borat dan Bruno dilakonkan oleh orang yang sama





mungkin masih ada yang taktau sebab dua watak ni berbeza giler.. aku pun mula-mula hampir tak cam dua watak ni dilakonkan oleh Sacha Baron Cohen..


-------------------------------------


Jeff Bridges merupakan pakcik botak jahat dalam filem Iron Man




sape pulak Jeff Bridges ni? untuk yang masih belom tahu, dia ni la yang berlakon dalam kedua-dua filem Tron sebagai Kevin Flynn..




ini masa muda-muda dulu, Tron 1982


-------------------------------------


Hero Stargate SG-1 ialah MacGyver, Richard Dean Anderson





MacGyver merupakan hero zaman mak bapak kita bujang dulu.. disebabkan aku minat jenis citer-citer lama ni, maka aku kenal gak la dengan MacGyver ni.. mungkin ramai budak-budak muda sekarang tak kenal MacGyver ni sape, tapi dia ni watak legend sampai sekarang..


-------------------------------------


sebenarnya banyak benda yang kita tak tahu.. mungkin mende-mende ni tak penting pun untuk kita tahu tapi mungkin mende-mende macam ni akan buat kita teruja bila dah tahu...


"owh.. baru aku tau.." ayat ni sering diungkapkan kalau kita mendengar trivia-trivia baru ataupun aku suka menyebutnya 'ilmu baru'.. aku klasifikasikan ini sebagai ilmu kerana ianya satu bentuk pengetahuan.. berbangga la kalau kita ni mempunyai ilmu yang lebih sikit dari kawan-kawan kita.. ;D

2 comments:

  1. ooo.. rajin bro cari info. hehe

    http://www.syoknyerblogging.com/

    ReplyDelete
  2. MacGyver nih aku kenal...bapak aku big fan dia , so anak2 apatah lagi

    ReplyDelete

Ads

Followers