Ads

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

memang aku lambat sikit join aktiviti ni, tapi takpe la.. alang-alang aku ni jarang nak online, maka buat entry macam ni ok gak di saat aku kekeringan idea.. :)

aku diberitahu yang aktiviti ni dianjuran oleh Denaihati.com


--------------------------------------


sebenarnye takde la kerap sangat.. sebab aku jenis pergi ke blog yang ber-update je.. kalo kuar kat dashboard aku tu, maka aku akan singgah..



SOKERNET


blog ni aku paling suka kunjung.. nama pun Sokernet, mesti la banyak info pasal sukan bolasepak.. tapi apa yang uniknye, blog ni memang kelakar habes.. sumpah lawak apa yang dorang ni tulis.. dorang? aah, blog ni dikendalikan oleh satu kumpulan yang terdiri daripada insan-insan yang penuh dengan metafora dan hiperbola dalam kepala otak..



PROGRAMMER KORUP


sebenarnye ini blog kawan aku, Programmer Korup.. itu nama blog dia, nama samaran dia pulak Rex.. walaupun nama samaran yang menggambarkan seekor dinosaur yang besar dan tinggi serta ganas, tapi dia adalah sebaliknya.. ok, memang kadang-kadang blog dia ada tulis pasal hal personal yang aku tak paham, tapi kalau dia dah start tulis dalam bahasa Melayu, korang akan terhibur dengan apa yang dia tulis.. :)



JOM PHP


sebut je PHP mesti ramai yang dah ianya mengenai IT, dunia komputer.. blog ni boleh tahan best sebab selalu jadi bahan rujukan aku pasal mende-mende IT ni.. walaupun aku memang amek degree IT, tak bermakna aku tahu segala-galanya tentang IT.. aku jugak kena belajar dari orang lain yang lebih arif..



USTAZ LOVE


ini pulak blog tentang keagamaan.. memang aku kerap bukak blog ni sebab aku ni bukan la arif bab-bab agama ni.. blog Ustaz Love la menjadi sumber rujukan aku kalau dalam perihal agama ni.. lagipun Ustaz Love rajin update blog.. kat blog ni jugak korang boleh ajukan beberapa soalan mengenai agama..



TEMPURUNG PECAH


mula-mula aku tak kenal sapa tuan blog ni.. kawan aku yang kenalkan aku dengan blog ni.. memang best, tak bosan walaupun ditulis panjang-panjang.. rupa-rupanya blog ni milik Mamat Khalid, pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.. penulisan yang mirip dengan filem arahannya, banyak ayat-ayat kelakar dan ayat-ayat yang mempunyai maksud tersembunyi..


--------------------------------------


itu la blog-blog yang selalu aku lawati untuk tahun 2010 - 2011 ni.. aku bukak blog tu bukan semata-mata orang tu feymes, selalu kuar majalah.. blog yang aku baca mesti la mendatangkan manfaat pada aku.. buat ape baca blog yang lebat mengeluarkan tips-tips tipikal kalau blog tu sendiri pada dasarnya sampah semata-mata?

walupun satu-satu blog tu memang sangat feymes, mesti ingat tak semestinya blog tu feymes disebabkan bakat dalam penulisan.. salah tu.. ada gak yang feymes sebab dia spam inbox facebook korang dengan link blog dia.. lama-lama feymes la.. jangan lihat blog tu melalui bilangan followers yang ada.. tengok pada kualiti penulisan..

5 comments:

  1. knapa saya tatau pon pasai blog tue??huhu

    ReplyDelete
  2. blog mamat khalid tu mcm menarik..nak try lah!

    ReplyDelete
  3. tak pernah tahu pun pasal blog mamat khalid tuu. :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah tahu pun pasal blog mamat khalid tuu. :)

    ReplyDelete
  5. follow semua blog yang ada..
    semua macam best jew

    ReplyDelete

Ads

Followers