Ads

Live Action Yang Boleh Tahan Best

 

sape yang taktau ape itu live action? haa, pegi sekolah balik.. tak pun meh sini aku nak sekolahkan korang.. haha ok, bergurau..

 

live action tu filem yang menggunakan pelakon2 sebenar.. maksud aku, filem tu bukan animasi.. bile sebut live action, selalunye dikaitkan dengan animasi.. macam mane tu?

 

dari animasi atau komik kepada filem yang dilakonkan oleh pelakon2 yang terdiri dari manusia dan haiwan.. senang cerita, asalkan real dan menggunakan pelakon2 yang bernyawa..

 

ok, kat sini aku nak kongsi sikit pasal filem2 live action yang aku dah tengok dan filem2 ni antara yang aku suka..

 

Chibi Maruto Chan:

chibi_b

Maruko-chan-SP2

mesti korang kenal dengan watak2 kat atas ni kan? bagi yang hanya menonton versi anime, aku sarankan tengok la versi live action.. kelakar dan ramai pelakon kanak2 yang kiut2.. hehe

 

Death Note:

deathnote_13_640

mov_deathnote2_top

filem ni yang paling aku suka.. baca komik dia pun bagi aku tak bosan sebab aku suka genre penyiasatan ni.. pada mulanya pemilihan pelakon agak kurang disukai peminat2 Death Note, tapi bile tengok hasil lakonan dorang, watak yang diberikan memang sesuai dengan pemilihan pelakon..

ape yang penting? Erika Toda sebagai Misa Amane..! yeahh..!

misa2ab7sscopia

28qvneu

 

Scott Pilgrim:

scottpilgrim

SCOTT-PILGRIM-vs-THE-WORLD

filem ni pun best jugak.. berasal dari novel grafik Scott Pilgrim.. komik dia pun boleh tahan best.. lukisan yang simple tapi expression muka watak komik nampak real.. live action dia pulak memang best.. kebanyakan pelakon memang sesuai dengan watak komik.. watak Michael Cera sebagai Scott Pilgrim dibawa dengan baik walaupun Michael Cera tidaklah sehensem Scott Pilgrim versi komik..

 

Avatar: The Last Airbender

Avatar-TLAlogo

The-Last-Airbender-Movie-640x960

bagi aku, filem live action Avatar ni agak best.. ade sesetengah pihak kurang suka dengan filem ni.. yang aku nampak, 50/50 antara orang suka dan tak suka.. pemilihan pelakon untuk watak utama yang boleh tahan sesuai.. cuma satu perkara yang kurang dipersetujui oleh peminat2 siri animasi Avatar..

 

zuko112

0701-last-airbender-review-dev-patel_full_600

nampak macam beza jauh sangat.. pemilihan pelakon2 untuk membawa watak2 penduduk Fire Nation agak kurang sesuai.. bukan nak racist, cuma kalau nak buat live action, biarlah jangan jauh sangat bezanya dengan yang asal..

 

sekali lagi, ape yang penting?

 

The-Last-Airbender-movie-image-9

awek cun, Nicola Peltz sebagai Katara.. ! yeahh..!!

 

 

sebenarnye banyak lagi adaptasi dari komik/animasi kepada filem sebenar.. tak larat aku nak letak banyak2.. kalau korang ade mende nak dikongsi pasal filem2 live action, dipersilakan.. kalau2 aku tak tengok lagi cerita tu, aku akan cuba tengok..

3 comments:

  1. thanx ya for linking my blog up here. :)

    ReplyDelete
  2. scott pilgrim best, avatar is a rubb1sh. tgk imdb pun da tau

    ReplyDelete
  3. effa_dila: ur welkam.. ;)

    ARC: owh... yup, scott pilgrim best..

    ReplyDelete

Ads

Followers

Google+ Followers