mase aku menulis entry ni, hari ni hari sabtu.. boleh la dikira sebagai hujung minggu.. ok, merujuk kepada tajuk di atas, membebel.. aku marah ke? kecewa ke? tak semestinye..
idea ini timbul semasa aku sedang melepaskan beberapa ‘ketul hajat’ pagi tadi.. saje suke2 aku nak tulis, takde sebab langsung pun sebenarnye..
bile kite sebut pasal matang, ramai yang menganggap matang itu dewasa ataupun kalau dah baligh, matang la.. mungkin betul dan tak semestinye betul..
aku nak sentuh definisi matang pada lelaki je.. sebab aku lelaki, taktau banyak pasal matang perempuan ni.. definisi matang? ade part yang subjektif, ade part yang objektif..
ade yang cakap matang itu kalau korang dah tumbuh bulu2 tertentu di tempat2 tertentu, matang la.. ade jugak yang cakap matang tu bile kite dah pandai nak beza baik dan buruk.. betul jugak tu..
ade jugak sesetengah manusia ni anggap matang ni sebagai kebijaksanaan membuat keputusan.. betul jugak.. bijak membuat keputusan yang macam mana?
kebanyakan lelaki, tak semua, selalu menganggap diri mereka matang apabila menganggap diri mereka sentiasa betul.. maksud aku, kebanyakan lelaki selalu menganggap diri mereka betul.. betul ke?
bile dituju soalan “kamu rasa kamu cukup matang?”, hampir setiap lelaki tanpa segan silu akan mengaku diri mereka matang sematang matangnye.. ditambah pula dengan jawapan: “aku mase sekolah menengah dulu matang je..”
pasti ke mereka/korang ni matang? kalau matang kenapa masih main kejar2 semasa di tingkatan 5? itu persoalan yang timbul di kalangan pelajar2 wanita apabila melihat kite sedang berkejar-kejaran antara satu sama lain..
mane aku tau? pelajar2 wanita la yang bagitau kat aku.. kenapa? sebab, wanita lebih cepat matang berbanding lelaki.. hmmm..
bila dah tamat di tingkatan 5, dan mula berjinak2 dengan alam pekerjaan sementara menunggu keputusan SPM, ramai lelaki merasakan diri mereka cukup matang kerana sudah pandai untuk berdikari.. ade betul jugak tu..
selangkah pula ke peringkat universiti.. alam baru, kawan baru, tempat baru.. mase ni hampir semua lelaki sangat pasti merasakan diri mereka matang..
kata orang, matang tak semestinye kite dah tumbuh janggut, badan besar, hebat bersukan, belajar pandai, ‘hebat’ buat keputusan, dan macam2 lagi.. tapi macam mana kita menilai orang dan tidak sentiasa merasakan diri kita ni betul.. betul ke? ni orang yang cakap la..
lelaki sentiasa merasakan diri mereka betul dan merasakan setiap keputusan yang dibuat sangat tepat dan hebat.. tapi kenapa keputusan yang dibuat mendapat tentangan/bantahan? dan ade jugak yang menolak bulat2 pandangan rakan sendiri..
ade jugak yang kata matang ni bila kite dah tahu beza baik buruk.. tapi kenapa masih ade yang berperangai jahat di kalangan remaja dan dewasa? kate orang, masalah di minda, masalah pemikiran.. kate orang
seorang pakar motivasi (tak ingat sape) pernah berkata, “mengalah tanda bijaksana”.. bijaksana juga melambangkan kematangan seseorang.. hmmm, betul jugak.. tapi kenapa ade yang melenting bila pendapat sendiri dipertikai?
susah nak terima nasihat orang lain.. ego.. satu lagi masalah melibatkan kematangan.. lelaki memang mempunyai ego yang tinggi, itu tak dapat dinafikan.. pantang dicabar, semua cabaran dilaksana..
kebanyakan (tak semua) lelaki takut digelar PENGECUT oleh rakan2 sebab tidak melaksanakan cabaran2 BODOH oleh kawan2.. cabaran2 bodoh? korang pun dah tau pikir sendiri cabaran ape yang kawan2 korang sering bentangkan..
kenapa takut digelar pengecut atau takde telor atau ‘goyang’? sedangkan cabaran itu bodoh yang amat sangat dan tidak mendatangkan hasil.. gelaran2 itu mungkin takde masalah bile diketahui di kalangan lelaki sahaja.. bagaimana kalau awek2 tau?
nak malu ape, sebab gelaran itu diberi mesti ada sebab.. orang yang mendengar gelaran kamu tu pasti ingin tahu kenapa korang dapat gelaran tu… kenapa yek?
CONTOH: bile dah tahu sebab, “ala, rilex la.. bukan dorang suruh kau mengaji ke, tolong orang tua ke.. ini tidak, dorang cabar kau main game je..”
itu mungkin jawapan gadis2 setelah mereka tahu akan sebabnya.. so, ape nak malu kan? biar la ape orang nak cakap asalkan semua tu mengarut dan tidak betul..
kebanyakan lelaki pantang dipandang serong oleh awek2.. lelaki ni suka dilihat ‘cool’ dan hebat oleh awek2.. tapi cool dan hebat bagi awek2 macam mane ek? sebab tu jangan buat cabaran2 bodoh oleh kawan2 kalau keberanian/kelelakian tu cuma diiktiraf oleh kawan2 yang hanya setaraf dengan kita..
bagaimana kita menghargai orang lain juga dikatakan sebagai matang oleh sesetengah pihak.. bagaimana kita bersimpati atas nasib kawan2, bagaimana kita menghargai jasa ibubapa, tidak menyusahkan ibubapa, tidak mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain dan macam2 lagi..
semakin ramai remaja2, student2 tidak menghargai ibubapa dorang.. memang la kite sering mengaku yang kite ni baik dengan ibubapa, tapi baik sahaja tidak cukup.. betul ke?
CONTOH: “aku kalau takde duit aku mintak je kat mak bapak aku.. bukan ape, dah tugas dorang bagi makan anak2.. tugas aku belajar.. pandai2 dorang la mane nak cari duit tu..”
bagi aku, pemikiran macam ni la cara pikir yang paling tidak munasabah.. kite sering lupe akan keadaan ibubapa kite di rumah.. kalau ibu atau ayah telefon bertanye khabar, jawab macam nak tak nak je.. suara seolah2 sedang marah, nak tamatkan perbualan secepat yang mungkin.. cara ni memang tak patut..
terasa lama aku menulis entry ni… naik lenguh jari jemari aku ni.. bila dibaca mungkin terasa sekejap, tapi yang menulis lain rasenye..
ape yang aku tulis ni bukan la 100% datang dari kepala otak aku sendiri.. aku juga berborak macam korang, aku juga berkawan macam korang.. dari kepala2 kawan aku la, aku menulis semula sebahagian pendapat2 dorang..
ade juge datang dari pendapat peribadi aku sendiri..
sebenarnye tak lengkap entry aku ni.. aku main tulis je sampai mana yang sempat.. sebab idea2 yang keluar semasa aku sedang ‘melepaskan hajat’ jangka hayatnye singkat.. maaf semua..
dan akhir sekali, bertanye la kat diri sendiri, adakah kite ni matang? terima padangan orang lain terhadap kite dan sentiasa berfikiran jauh dan kehadapan.. eceh, dah bermotivasi pulak aku ni
kadang2 (tak selalu) aku jugak menyoal diri aku sendiri, “aku ni cukup matang ke?”.. itu aku tak pasti.. definisi matang ni luas..
ade orang lihat kita ni cukup matang, ade jugak melihat kite ni belum matang.. sama la macam korang menilai rakan2 korang di mana tahap kematangan dorang.. macam tu la orang lain menilai kite..
aku rase sampai sini je la entry aku kali ni.. aku langsung tak tuju kepada sesiapa, cuma teringat kembali tajuk perbualan aku dengan kawan2 mase dulu..
definisi matang lelaki bg pandangan anin;
ReplyDeletetahu mintak maaf bila dah buat slh. sbb masa tuh dorang da letak ego dorang ketepi jap.
:)
eyes143: yeahh.. betul tu.. sokong..!
ReplyDeleteIni adalah pertama kalinya saya saya kunjungi di sini. Saya menemukan banyak hal menarik di blog Anda terutama pembahasannya. Dari ton komentar pada artikel Anda, saya kira saya bukan satu-satunya memiliki semua kenikmatan di sini! terus bekerja dengan baik..
ReplyDelete