Ads

Haiwan Mana Patut Aku Bela? Tolong..

geram pulak aku tengok roommate aku bela guinea pig atau kite sebut tikus belanda.. aku dah lama berniat nak memelihara haiwan jenis rodent ni..

 

sekarang aku ada 3 pilihan haiwan yang bakal aku bela/pelihara.. kat sini aku nak tanye pendapat korang haiwan mana yang patut aku beli..

 

sebab aku ni takde pengalaman nak jaga haiwan2 macam ni.. setakat kucing tu pernah la.. tapi aku dalam kawasan kampus, takkan nak bela kucing kot..

 

shelly2

yang ini peruvian guinea pig.. bulu panjang panjang sket, boleh main sikat2, buat stail punk atau tocang.. jenis macam ni la roommate aku bela.. 2 ekor, jantan dan betina.. saiz ade la lebih kurang dua penumbuk korang..

 

Guinea_1

yang ni pulak jenis guinea pig yang biasa, nampak lebih kepada tikus.. bulu pendek.. aku taktau la kalau2 info aku tulis ni salah sebab sumber aku dari google sahaja..

 

hamster1

hamster.. haiwan rodent ni paling popular dikalangan kita.. kecik je.. rupa memang lebih kepada tikus.. aku rase lebih murah berbanding guinea pig..

 

chipmunk

ok, haiwan yang paling aku suka, chipmunk.. sejenis tupai.. beberapa minggu lepas aku nampak ada jual kat midvalley.. takde la mahal sangat, RM100++ tuk seekor anak chipmunk..

 

sekarang aku nak tanya pendapat korang yang dah ada pengalaman menjaga haiwan2 kat atas ni.. senang ke nak jaga? macam mana dengan kos? jangka hayat dan macam2 lagi la..

 

sebab aku memang tak pernah bela haiwan jenis rodent ni.. sementara ada duit ni, aku ingat nak angkat satu.. pendapat korang?

4 comments:

  1. bela chipmunk bela chipmunk!!nanti dia boleh nyanyi..

    ReplyDelete
  2. bela hamster ajelah.
    haha.
    chipmunk nanti dah beso camne?.
    susah la kan...
    huhu.
    xpon bela hedgehog.
    comel!!.

    ReplyDelete
  3. sementara ada duit sila belanja aku. hehehee~

    ReplyDelete
  4. Bela hamster lah saya pon bela hamster juga

    ReplyDelete

Ads

Followers