Ads

Software Yang Sangat Cool, Kini Korang Boleh Melalak

post aku yang dulu2 ada cerita pasal lyric plug-in untuk media player dan winamp.. aku pun tak ingat post yang bile tapi tahun 2008 la.. sangat lama.. ok, jom kita usya mende baru yang lagi best..

 

korang pernah tak dengar pasal Mini Lyrics? untuk pengetahuan korang yang taktau lagi (yang dah tahu silap duduk diam2), software Mini Lyrics ni sangat2 la cool..

 

sama seperti lyrics plug-in yang lain, cuma Mini Lyrics ni ada interface yang menarik dan senang digunakan.. korang boleh pilih warna tulisan kegemaran korang, jenis font yang akan keluar dan macam2 lagi…

 

apa yang best sangat? yang paling best sebab cara lirik lagu keluar sama seperti sistem karaoke.. lirik lagu akan keluar seiring dengan lagu yang korang main.. tengok gambar kat bawah ni

 

l

 

lirik tersebut akan bergerak dari bawah ke atas.. lirik akan keluar secara automatik masa korang bukak lagu pilihan korang..

 

tapi bukan la lirik tu akan keluar macam tu je.. korang kene la ada talian internet mase tu.. kalau tak macam mana dia nak cari lirik kan?

 

p

 

kalau la lirik tu tak keluar, kemungkinan detail lagu tersebut tidak lengkap.. apa yang tak lengkap? butiran penyanyi dan tajuk lagu kene la betul supaya Mini Lyrics ni senang nak detect lirik lagu..

 

korang hanya perlu mouse over kat Mini Lyric tu, dan korang akan nampak seperti gambar kat bawah ni..

 

s

 

seterusnya tekan button search untuk cari lirik yang betul.. lepas tu akan keluar la gambar seperti di bawah..

 

r

 

ok, aku rase korang dah boleh agak nak kene buat apa lepas tekan button search tu.. betulkan nama artis dan tajuk lagu kat ruangan yang diberi.. lepas tu, tekan button search..

 

korang akan nampak senarai lirik lagu yang korang main tu.. sebaiknya pilih lirik yang mempunyai rating paling tinggi.. sebab lirik tu dah diundi sebagai lirik yang terbaik..

 

sebab apa terbaik? sebab pergerakan lirik seiring dengan lagu la.. kadang2 ada lirik yang terlalu laju bergerak dan terlalu perlahan.. kat sini la korang boleh cari lirik yang betul..

 

korang juga boleh edit sendiri kalau masih tak puas hati.. untuk jadikan Mini Lyrics transparent dan hanya lirik yang keluar, korang cuma perlu minimize music player korang sama ada Windows Media Player atau Winamp..

 

semasa installation, korang akan diminta untuk memilih music player mana yang korang tengah gune sekarang.. Mini Lyrics ni best sebab dia integrated dengan hampir semua music player..

 

nak download, TEKAN SINI

 

enjoy

3 comments:

  1. sgt bes guna minilirikkan!! jiran sblah mesti tgugat apsal la budak ni hapal sume lg..[gitu?] ngahaha.=p

    ReplyDelete
  2. huhu..thx 4 sharing..nak download lah..ehehehe

    ReplyDelete

Ads

Followers