Ads

Pendapat Korang Tentang Jersi Baru

kejohanan piala dunia dah semakin hampir.. masing2 dah mula beli jersi pasukan feveret.. bola sepak ni memang dasyat kalau tiba musim.. ye la, bola sepak ni penontonnye ramai giler lebih2 lagi bile masa final.. kalau korang nak tau, final piala dunia ni penontonnye lebih ramai dari sukan olimpik..

 

aku bukan la nak cerita pasal piala dunia ni.. sebelum piala dunia start, masih hangat lagi tentang pemindahan player2 dari kelab ke kelab.. banyak gosip, khabar angin.. tapi kat sini aku nak cerita pasal jersi baru kelab2 ternama dunia untuk dipakai semasa musim hadapan..

 

Chelsea-kit2010-11

pertama sekali pasukan Chelsea.. kelab ni awal2 lagi dah keluarkan jersi baru.. belum habis pun Liga Perdana Inggeris dorang dah pakai jersi baru yang sepatutnya dipakai pada musim hadapan..

ape pendapat korang tentang jersi baru Chelsea ni? bagi aku jersi kali ni lebih lawa berbanding yang sebelum ni.. yang ni nampak lebih stylo siap ade warna merah kat kolar.. baju agak fit dan Drogba nampak lebih berseri2 di situ

 

Liverpools-new-home-kit-Carra-Stevie-G-and-Dirk

Liverpool, antara kelab terawal menunjukkan jersi barunya.. kali ni sponsor bagi kelab tersebut telah bertukar dari Carlsberg kepada Standard Chartered.. kepada peminat2 Liverpool, dah tak payah susah2 cari jersi Liverpool yang kosong sebab Standard Chartered ni ditanggung halal..

jersi yang baru ni ade kilat2 sikit kat bahagian hadapan.. ala2 baju batik gitu.. agaknye dorang nak buat baju dia dalam satu, boleh dipakai semasa main bola dan semasa hadir ke majlis2 makan malam..

 

Fernando-Torres-cheeks 

mamat ni pun tampil dengan rambut baru.. ade gaya ala2 awek gitu.. mungkin untuk menyembunyikan muka kuda beliau.. kemungkinan juga si Fernando Torres ni nak menceburi dalam bidang peragaan.. muke dah macam awek pun..

 

barca

seterusnya Barcelona.. kali ni stripes pada jersi lebih lebar.. cuma ditambah sedikit kuning pada kolar dan hujung lengan baju.. nampak lebih retro.. bagi aku kurang lawa berbanding sebelum ni..

 

barca away.php

yang ni pulak jersi away bagi pasukan Barcelona.. yang ni aku rase boleh tahan dari jersi away yang sebelum ni.. aku sendiri taktau kenapa aku teringatkan Power Rangers bile tengok jersi away Barca ni.. ramai kawan aku cakap smart

 

inter

Inter Milan, juara UEFA Champions League.. yang ni belum konfem sama ada ini jersi baru Inter Milan atau tidak.. gambar ni tah mana2 orang boleh dapat.. biasenye gambar2 yang ‘bocor’ (leaked) ni ketepatannye 90%.. kalau betul la ini jersi baru Inter, boleh tahan la.. kemas

 

inter away

jersi away yang baru Inter Milan.. yang ini konfem.. warna putih seperti sebelum ni cuma takde kolar.. tambahan gambar naga dari bahu hingga ke ketiak..

motif naga ni masih tidak diketahui.. dah macam tattoo pun ada jugak.. mungkin nak menunjukkan nilai2 mafia dan yakuza dalam diri pemain.. maklum la, Italy ni penuh dengan mafia2.. patut la Barca kalah dengan Inter, takut kene tembak agaknye..

 

mu away

yang ini jersi paling buruk aku pernah tengok.. jersi away baru Manchester United.. yang ni pun belum konfem.. warna putih, ade dua stripes jaja karen kat lengan.. dah banyak Nike buat design zigzag macam ni.. kemungkinan besar jersi adalah jersi sebenar Manchester United kelak.. agaknye orang yang design jersi ni minat Naruto, konon2 nampak seperti pemain2 sedang buat Chidori..

 

pape pun kita sama2 tunggu dan lihat..

2 comments:

  1. wah wah hebat kritikan untuk MU..kecek ati saye.HAHA

    ReplyDelete
  2. lawa dowhh jersi away barca...MU?ape barang...wawawaw

    ReplyDelete

Ads

Followers