Ads

Kejadian Aneh Semasa Semester Khas

semester khas, semester pendek, short sem, special sem.. semua tu membawa maksud yang sama.. sepanjang aku dalam special sem ni macam2 dah berlaku.. tapi aku nak cerita sebahagian je la..

 

kejadian 1:

kami memberanikan diri untuk ke tanah perkuburan pada dini hari iaitu pada tengah malam hingga ke pagi.. suasana agak seram.. sudah sampai ke tanah perkuburan, sebelum masuk ke dalam,

 

M: “weyh, kau masuk dulu la.. kau yang bawak kitaorang kan..”

Z: “ala, aku dah bosan la masuk sini.. lagipun motor aku gune clutch, kang mati enjin susah plak aku nak naik atas.”

E: “M, kau jangan risau, kami sume ade teman kau..”

S: “cepat la, kalau dah cerah nanti dah tak seram..”

M: “Z, A, apesal kau tak ikot skali?”

Z: “aku nak isi minyak motor jap, A ikot aku la”

A: “lagipun aku dengan Z tak mandi wajib lagi,tak bersih.. kalau jadi ape2 nanti susah..”

M: “aku pun belom mandi wajib gak”

N: “ah, takde2.. kau kene ikot gak.. ‘toceng’ pun tak pernah, dan2 je nak lepaskan diri”

 

taktik M untuk melepaskan diri tak berjaya.. lalu kami masuk jugak ke tanah perkuburan tu kecuali A dan Z..

 

kejadian 2:

semasa perbentangan untuk kerja berkumpulan, student A dan student B siap sedia di hadapan..

 

Lecturer: “A, kamu ni kacukan cina ke? muka macam cina sikit”

Student A: “takde la, saya orang melayu.. mak ayah saya orang Negeri Sembilan”

Student B: “……”

Student A: “puan rase2 si B ni kacukan mana?”

Lecturer: “dia ni kacukan Myanmar ni..”

 

sebenarnye banyak lagi kejadian yang berlaku, cuma aku tak reti nak menceritakan dalam bentuk penulisan ni.. kalau sape2 yang tak paham tu abaikan je la..

 

cerita ni takde la 100% tepat dialognye, cuma situasinya adalah benar..

1 comment:

  1. kejadian pertama tuh aneh sebab tak mandi wajib agy ker???
    heee

    ReplyDelete

Ads

Followers